Latar Belakang Syarikat

Wednesday, July 29, 2009

ABE Consulting Group Sdn.Bhd. merupakan sebuah syarikat dan telah diiktiraf sebagai Institut Pendidikan Swasta (IPS) yang menjalankan perniagaan dalam bidang pendidikan yang tertumpu kepada bidang teknologi maklumat. Syarikat ini ditubuhkan pada 27 Mac 1997 dan mula beroperasi pada awal tahun 1998.Selain itu ahli lembaga syarikat telah menubuhkan satu jabatan khas iaitu PTKB Training and Consultancy untuk mengendalikan segala urusan berkaitan dengan motivasi dan program khidmat rundingcara untuk semua peringkat.Antara program yang dijalankannya adalah seperti Kursus Bahasa Inggeris, Kursus Pembelajaran Pintar, Kursus Peningkatan Keusahawanan dan pelbagai kursus pengurusan untuk meningkatkan kemahiran dan motivasi pekerja bagi semua peringkat.